Assalamualaikum, hai semua. Kacang bendi selalunya kita buat sayur , jadikan rampai dalam kari atau asam pedas. Memang menaikkan selera kan? Bendi ni bukan sekadar sayur sahaja tau. Banyak khasiatnya. Zaza terpanggil untuk kongsikan dengan anda kisah bendi ni kerana petua dari kakak Zaza untuk turunkan bacaan kencing manis ketika hamil. Kata kakak Zaza bendi ni boleh hilangkan kencing manis dan boleh mudahkan proses bersalin jika di amalkan dari awal kehamilan. Betul ke? Jadi Zaza pun cari la dekat en google.
Khasiat Kacang Bendi
- Membantu menguatkan otak serta menambah daya ingatan dan kecerdasan.
- Biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkak atau radang
- Mampu mengurangkan masalah sukar bersalin.
- Air rebusan biji,akar, serta bunganya boleh dijadikan ubat pada pelbagai kudis dan bisul.
- Air rebusan buahnya kalau dicampur dengan gula memang sesuai dijadikan sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong.
- Lendir yang terdapat dalam buahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit.
- Air rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong dan hidung.
- Kacang bendi baik amat untuk rawatan penyakit kencing manis. Caranya ialah dengan mengambil dua biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengahnya. Rendam dalam segelas air semalaman (tutup gelas). Keesokannya, keluarkan kacang bendi dan terus minum airnya. Lakukan selama dua minggu.
Tak sangkakan kacang yang kita hanya tahu sebagai sayur mampu merawat pelbagai penyakit. Ianya pula bukan sukar untuk diperolehi. Boleh dapat di mana-mana sahaja kan? Jika anda rajin boleh tanam pokoknya. Sangat mudah hidup. Zaza pernah tanam pokok bendi. Seronok tau masa untuk petik buahnya. Boleh la mencuba ye selepas ini bagi sesiapa yang ada masalah berkaitan.
Bendi ne memang kegemaran saya. Kalau masak asam pedas sodap tuh...X sangka bendi ada banyak khasiat
ReplyDeleteJengguk jenggukla : )
oh..banyak juga ya khasiat bendi ni :D
ReplyDelete:: anmashealthcare.blogspot.com ::
suka bendi goreng.. makan ng nasi panas.. hehe
ReplyDeleteCARA RAWAT SENGGUGUT DENGAN BERKESAN