Friday, November 07, 2014

Tips Menjadi Pendengar yang Baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam kita menjalani kehidupan harian kita tak akan terlepas dari menghadapi masalah, ujian dan dugaan hidup. Saat beginilah kita sangat memerlukan seseorang yang boleh dipercayai untuk kita berkongsi atau bercerita. Kadang-kadang bukan untuk minta pandangan atau jalan dari kawan kita tu, cuma sekadar meluahkan sahaja. Dengan cara begitu akan rasa ringan sikit apa yang di tanggung. Sebagai pendengar tak semestinya orang itu perlu beri pendapat atau jalan penyelesaian. Mendengar dan memberi perhatian penuh sudah cukup membuatkan si pengadu berasa lega. Bagaimana nak jadi seorang pendengar yang baik? Jom tengok tips di bawah.



Tips Menjadi Pendengar Yang Baik

Berikan perhatian sepenuhnya

Apabila seseorang mula berkata-kata, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Hentikan segala perbuatan kita di saat itu dan dengar dengan teliti setiap apa yang ingin disampaikannya.

Jangan berikan pendapat


Apabila seseorang meluahkan perasaaan, jangan sesekali memberikan pendapat atau jalan penyelesaian.  Contohnya, “Tadi aku nampak seekor kucing kat tepi jalan. Kesian sangat tengok kucing tu.” Jangan pula korang berikan pendapat, “Ala…biarlah kucing tu. Tak ada kena mengena ngan awak pun”. Pendapat sebegitu akan mematikan mood seseorang untuk becerita. Jangan sesekali memberikan pendapat kecuali diminta.

Bertanyakan soalan


Untuk menaikkan lagi mood seseorang itu untuk bercerita, tanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang diceritakan. Ini menunjukkan yang korang juga berminat dengan cerita yang disampaikan itu. Ingat tanya soalan yang berkaitan je. Jangan main tukar topik pula.

Berikan sokongan kepadanya 


Sekiranya seseorang yang bercerita itu sedang marah-marah atau merungut mengenai sesuatu, dengarkan saja apa yang dia marahkan. Berikan sokongan tapi jangan pula korang menambahkan api kemarahan itu.

Diam dan jangan berkata apa-apa


Sekiranya topik luahan perasaan atau marah itu ada berkaitan dengan korang, adalah lebih baik korang berdiam diri dan jangan respon apa-apa. Lebih baik korang tahan telinga dulu dan mendengar apa saja yang dia katakan. Biarkan dia luahkan segala perasaannya. Dengan cara sebegini akan membuatkan dia lebih cepat reda kerana perasaan marah itu berjaya dikeluarkan. Lepas itu barulah korang cuba menjernihkan keadaan.

Sebagai kawan, kakak, adik, abang atau pasangan atau sesiapa sahaj jadilah pendengar yang baik kerana ini mampu membuatkan mereka yang sedang menghadapi ujian berasa lega sedikit. Semoga dengan info bermanfaat buat semua.

3 comments:

  1. bila orang dah percayakan kita.. dia akan ceritakan masalah dia pd kita.. jgn pula kita panjangkan cerita pd yg lain... bahaya tu..
    CARA MENGHILANGKAN BINTIK KOLESTROL DI BAWAH MATA

    ReplyDelete
  2. suami adalah pendengar yang baik buat isteri

    ReplyDelete
  3. pendengar yang baik sangat penting sebenarnya lebih lebih lagi apabila seseorang itu ada masalah. bila kita menjadi pendengar yang baik, orang yang bercerita itu akan kurang tertekan kerana telah melepaskan perasaan yang ditanggungnya dengan cara bercerita dengan kita.

    ReplyDelete

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.