Thursday, May 22, 2014

Malas.. Tapi nak kurus

Kesihatan adalah nikmat yang tidak ternilai. Malangnya anugerah ini sering tidak dihargai sehinggalah nikmat tersebut sudah tiada lagi.

Tidak perlulah berbelanja mahal untuk membeli peralatan gim, suplemen dan sebagainya. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mengubah cara hidup dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan sihat.

Amalan hidup sihat berkisar tentang dua kunci utama iaitu gaya hidup dan pemakanan. Maknanya, sekiranya kita ingin sihat dan kekal sihat, kita perlu memberi perhatian kepada kedua-dua aspek ini.

Untuk anda yang inginkan kesihatan yang terbaik dengan cara yang paling senang dan tidak memerlukan modal yang banyak, ini di antara tips-tipsnya:-

Senaman Yang Berterusan

Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisyen ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Berjalan dan membuat regangan berterusan selama 30 minit sehari pada setiap pagi secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif yang tidak konsisten.

Tidur Awal Dan Mencukupi

Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik. Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisyen jika waktu tidur adalah sama. Tidur tidak menentu lambat laun boleh mendatangkan mudarat, jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah untuk mengelak daripada sebarang penyakit.

Makanan Kesihatan


Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan badan. Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak gemarkan pemakanan hijau ini, kekacang dan buah-buahan perlu sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah dengan menggamalkan makanan kesihatan organik berasaskan herba.

Perlu Berfikir Sebelum Mengikuti Program Menguruskan Badan

Program menguruskan badan bukannya tidak baik, namun ada alternatif yang lebih murah dan kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.

Memakan Lebih Sayuran dan Mengurangkan Pengambilan Daging Merah, Kafien, Gula dan Garam

Agak sukar diamalkan bagi sesetengah orang kerana sayur-sayuran bukanlah diet utama. Namun cara paling mudah tentunya memakan lebih sayuran. Hendak sihat kan? Jadi kenapa perlu memakan makanan yang memudaratkan dan pada masa yang sama mengambil ubat untuk menguruskan badan? Dan kemudian masih memikirkan kesihatan diri yang terjejas sedangkan dengan amalan pemakanan yang sihat sekaligus semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.

Jangan Tinggalkan Sarapan Pagi

Seseorang yang meninggalkan sarapan pagi majoritinya akan merasa teramat lapar di sebelah petang dan malam. Walaupun di siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten, menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.

Jangan Memakan Hidangan Tidak Lengkap

Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.

Jangan Berlapar Terlalu Lama

Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan. Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.

Elakkan Tekanan

Berada dalam tekanan boleh menyebabkan punca risiko sakit. Elakkan unsur-unsur stress seperti berada dalam kesesakan trafik, asap kereta, bunyi hon kuat dan sebagainya. Tekanan yang negatif, baik dari segi mental, fizikal atau emosi, merupakan satu faktor penting yang boleh menggugat keharmonian kualiti kehidupan sesorang.

Jaga Tindakan Dan Tingkah Laku


Tidak berbaloi jika segala perkara diatas dilaksanakan sebaik mungkin tetapi akhirnya anda dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak menggunakan jejantas. Walaupun anda sihat, tidak bermakna anda kebal, jadi sentiasa menjaga tindakan dan tingkah laku untuk orang yang tersayang.

Pemeriksaan Doktor Berjadual

Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman. Selalulah lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan lain-lain secara berjadual. Contoh paling mudah: HIV bukan pembunuh jika ianya dikesan dari awal.


PETUA MENINGKATKAN DAYA INGATAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:

Membaca Al-Quran

Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Amalkan Tidur Yang Cukup

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan

Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam

Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.


Semoga info ini berguna..