Friday, October 24, 2014

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

Assalamualaikum dan salam Tahun baru 1436 hijrah buat semua.Hari ini 24 Oktober 2014 merupakan hari terakhir tahun Hijrah 1435. Selepas maghrib 24 Oktober 2014 kita akan masuk pada tahun baru Hijrah 1436.

Bersempena akhir tahun dan awal tahun Hijrah ini kita disunatkan untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah 2014 ini untuk mendapat rahmat dari-Nya.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 1435 (2014)

Doa akhir tahun ini dibaca 3 kali selepas solat fardhu asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah(24 Oktober 2014).

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


DOA AWAL TAHUN HIJRAH 1436 (2014)

Doa awal tahun ini dibaca 3 kali selepas solat fardhu maghrib 1 Muharram (24 Oktober 2014). 
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Selamat beramal.

Thursday, October 23, 2014

Kembalinya seorang Ayah Mertua

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Hari ini 23 Oktober 2014 , jam 10.35 pagi perginya seorang insan bernama Haji Saad Bin Haji Bajuri, berumur 80 tahun. Belum hampir setahun Zaza bersama dengan insan yang bergelar bapa mertua. 

Bapa mertua sudah lama sakit lebih kurang 4 tahun lamanya. Kiranya Zaza mengenali bapa mertua Zaza memang sudah tidak ingat apa-apa. Tapi masih kuat kudratnya dan masih boleh dengar suaranya. Diawal Zaza bergelar menantunya sempat melihat beliau berjalan sebelum terlantar sepenuhnya.

Dari cerita orang yang mengenali beliau dan cerita dari anak-anak beliau, Ayah mertua seorang yang suka bergurau senda. Pendek kata jika duduk dengannya ada sahaja yang beliau guraukan. Ayah mertua pencen askar. Sepanjang Zaza tengok ayah mertua sakit memang tidak banyak karenahnya. Hari-hari tengok dia duduk di kerusi malas, tengok dia makan minum. Kini semua itu telah tiada. Paling rasa kehilangan adalah ibu mertua. Hari-hari mak tak pernah jemu melayan ayah walaupun ayah dah tak tahu apa-apa. Apa yang buatkan hati Zaza tersentuh, mak tak pernah buat endah tak endah, Setianya seorang isteri kepada suaminya. Walaupun ayah tak pandai meminta itu dan ini, hari-hari ada je menu yang berbeza untuk ayah. Jika ayah tak nak makan ini, mak buat itu. Kagum Zaza. Moga Zaza diberi kekuatan dan kesabaran untuk mencontohi ibu mertua Zaza.

Walaupun tak lama mengenali ayah mertua namun kehilangannya amat terasa. Zaza hanya baru lebih kurang 2 bulan duduk bersama ibu dan ayah mertua. Hari-hari menatap wajahnya. Kini wajahnya tidak dapat di tatap lagi. Terakhir semasa mengucup wajahnya selepas dikafankan. Ini ayah mertua. Tak dapat bayangkan ayah sendiri. Ya Allah Engkau panjangkanlah umur ayah dan ibuku. Aku masih memerlukan mereka dan doa mereka. Walaupun jauh di mata, doaku sentiasa untuk keduanya.

Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat ayah mertua tersayang.