Thursday, May 08, 2014

Menyesal ambil Lecithin Shaklee

Assalamualaikum...

Hai all. Entry kali ni nak citer kat korang menyesalnya ambil lecithin Shaklee. Haaa jangan salah faham u all. Saya menyesal sebab lewat ambil lecithin ni. Jika tak pasti dah lama dapat kesannyakan.. Menyesal...menyesal.. Jadi anda jangan sampai menyesal di kemudian hari ye. Banyak kebaikkan lecithin ni.

U all nak tahu Lecithin ni sebenarnya berasaskan soya dan bukan berasaskan haiwan. Soya merupakan sumber lecithin paling kaya, paling best dan bebas kolestrol. Perlu diingat system badan kita tidak boleh menghasilkan lecithin dengan sendiri. Justeru itu kita disarankan untuk mengambil lecithin berasaskan soya ini untuk melancarkan pengurusan berat dan system badan kita. Sebiji kapsul Lecithin Shaklee adalah 530mg. Haa bagi mereka yang nak turunkan berat badan, memerlukan 4000mg sehari untuk membakar lemak dalam badan kita. 

Kebaikan Lecithin Shaklee yang best ini salah satunya adalah sebagai pemecah lemak dan ianya sesuai untuk ibu menyusu. Amaran kepada ibu menyusu jangan sembarangan makan produk kuruskan badan, nanti  ibu tak kurus, anak yang kurus dan kadang-kadang kita tak tahu pun kesan sampingan produk pelansingan di pasaran untuk jangka masa panjang. 

Jom kita tengok Kebaikan Lecithin Shaklee

  • Lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. ini kerana lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.
  • Lecithin memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.
  • Lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.
  • Lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.
  • Lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. sebab itu lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease. lecithin adalah makanan otak dan saraf. 
  • Lecithin dapat membantu masalah insomnia. ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.
  • Lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru- paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation.
  • Lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.
  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS
Demo Lecithin Pengemulsi  Lemak

Wednesday, May 07, 2014

Anda Kenal Najis Anda

Assalamualaikum,

Hai semua, semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera. Enrty kali ini saya nak kongsikan berkaitan najis kita. Mesti ramai yang segan silu membicarakan soal najis ni kan. Rasa jijik, kotor, busuk, geli dan macam2 la. Tapi bagaimanapun mengetahui keadaan najis kita amatlah penting bagi memastikan kita ni sihat or sebaliknya. Ramai yang memandang remeh perkara ini dan ada yang tidak memperdulikannya. Hari ni saya nak berkongsi serba sedikit ilmu yang saya pelajari beberapa tahun lalu.

Berdasarkan “Bristol Stool Chart”, “Meyers Scale” atau dalam bahasa melayunya “Skala Tahi Bristol”. Tahi boleh dikelaskan kepada 7 jenis. Skala ini telah dinamakan “Skala Tahi Bristol” kerana skala ini telah diperkenalkan oleh Lewis S.J. dan Heaton K.W di University of Bristol, UK.

Berikut adalah kelas-kelas tahi yang dimaksudkan:

Jenis 1: Berbentuk biji-biji, agak keras seperti ketulan batu.
Jenis 2: Berbentuk seperti sosej, tetapi berketak-ketak.
Jenis 3: Juga berbentuk seperti sosej, tetapi macam merekah sedikit.
Jenis 4: Berbentuk seperti ular, agak licin, halus dan lembut. Just Nice.
Jenis 5: Bergumpal-gumpal, lembut dengan potongan hujungnya jelas.
Jenis 6: Yang ni dia macam cirit sikit, likat, gabungan cecair dan pepejal.
Jenis 7: Sangat cair, tiada pepejal.


Najis jenis 1 dan 2

Sekiranya anda mempunyai tahi seperti ini, itu maksudnya anda sedang mengalami sembelit. Kalau dapat tahi sebegini, memang susah sedikit nak ‘meneran’ sebab tahi itu dah menjadi keras. Selalunya situasi ni terjadi kalau seseorang tu malas untuk berak setiap hari. Semakin lama tahi berada dalam usus besar, semakin banyak air daripadanya yang akan diserap, maka semakin keraslah ia.

Najis jenis 3 dan 4

Seperti juga berat badan, tahi juga ada kategori yang ideal  iaitu normal, dan kategori ideal untuk tahi ini jatuh pada jenis yang ke-3 dan ke-4. Selalunya tahi sebegini dihasilkan kalau seseorang itu rajin ke tandas setiap hari.

Najis jenis 5,6 dan 7

Bagaimana pula dengan jenis 5 hingga 7? Kalau pernah mengalami yang ke-5, itu mungkin disebabkan angin atau gas yang terlalu banyak dalam usus, atau anda telah mengambil sesuatu yang boleh menyebabkan anda cirit birit seperti susu berlaktosa. Namun untuk kategori 6 hingga 7, anda kena berhati-hati sedikit kerana itu mungkin membawa maksud ‘diarrhea‘ iaitu masuk ke tandas dan cirit lebih daripada 3 kali sehari. Ingat, diarrhea yang berterusan boleh membawa maut!

Jom kita tengok pula Ciri-ciri najis yang ideal

  • Berwarna kuning keemasan.
  • Kuantitinya antara 2-3 batang berbentuk seperti pisang.
  • Kekerasannya seperti buah pisang dan lembut seperti ubat gigi.
  • Air 80%
  • Keadaan najis itu terapung dalam lubang jamban. Bukan tenggelam.


Diet juga sangat mempengaruhi rupa tahi yang dihasilkan. Jangan sesekali mengabaikan sayur dan buah-buahan. Itu merupakan sumber serat nombor satu yang harus diambil secara berterusan selagi kita masih bernafas. Dan jangan malas untuk buang air besar!